Monday, June 7, 2010

SUARA ANULAE 2009

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Permulaan bicara, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanallahu Wata’ala, dengan limpah kurnia dan rahmat serta izinNya, sekali lagi menemukan kita di arena penulisan. Sesungguhnya, saya amat berkeyakinan penuh bahawa satu-satunya cara berinteraksi yang masih member kesan sehingga kini adalah dengan paparan melalui ‘SUARA ANULAE’. Penerbitan bulletin kita, bukanlah perkarayang mudah tapi, dengan kegigihan Jawatankuasa 3P, kita masih berkemampuan untuk menatap bulletin kesatuan yang menjadi kebanggaan kita hingga kini. Setinggi-tinggi kebanggaan kita hingga kini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa 3P yang terus Berjaya menerbitkan ‘SUARA ANULAE’. Tanpa komitmen semua, adalah sesuatu yang mustahil untuk kita terus menatap dan mendapat maklumat yang dizahirkan dalam bulletin kesayangan kita ini. Tambahan pula, setiap perkembangan yang berlaku di dalam ANULAE, Pihak Berkuasa Tempatan, Perkhidmatan Awam dan Kerajaan ataupun Sektor Swasta yang sampai atau diperolehi oleh wartawan-wartawan kita, akan terus disalurkan dan dipaparkan dalam SUARA ANULAE. Inilah kebanggaan kita!!!
Secara sedar ataupun tidak, masa terus berlalu dan tahun 2009 telahpun menghampiri ke pertengahan tahun. Pada lazimnya, setiap ahli dan juga organisasi telah pun menilai prestasi diri, kesatuan dan agensi bagi memperbaiki apajua kelemahan, menambahbaik yang telah bagus dan merancang untuk masa-masa mendatang. Justeru itu, melalui konsep muhasabah dan telus, dengan mengakui kesilapan yang telah berlalu dan terus berusaha memperbaikinya, saya amat yakin, kita akan tergolong di dalam barisan kepimpinan yang mampu meneruskan perjuangan demi memertabatkan kedudukan Masyarakat Pekerja. Dengan adanya komitmen semua, tiada kejayaan akan terhalang malah nasib kita sebagai pekerja Pihak Berkuasa Tempatan khususnya, mampu ditangani dan ini telah dibuktikan dengan perlaksanaan janji oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Ahmad Badawi yang kita sayangi. Anulae yakin dengan perlantikan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, nasib pekerja akan lebih terbela. PTK, Imbuhan Tetap Perumahan harus diberi keutamaan terutama di dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Insya Allah, sejarah akan terus membuktikan bahawa hasil perjuangan kita tetap akan member manfaat kepada semua ahli dan juga anggota sektor awam amnya!.... Dikesempatan ini saya bagi pihak Kesatuan
Kebangsaan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) dengan penuh takzimnya mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.
Dikeluaran ini, izinkan saya untuk menyentuh berkenaan pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan. Pada pendapat saya, perjalanan Majlis Bersama Jabatan masih ditahap lama. Ini jelas dilihat diatas perlaksanaan MBJ itu sendiri di mana terdapat Ketua Jabatan/Agensi masih membuat perlantikan berasaskan kehendak jabatan masing-masing dengan perioriti anggota-anggota yang disenangi walaupun walaupun terdapat kesatuan dalam jabatan atau agensi berkenaan. Komitmen dan peranan pihak MBJ itu telah bebrapa kali diubahsuai berasaskan keadaan semasa, Pemantaun pengurusan masih jauh dibelakang walaupun pengwujudan JPA dan SUK Kerajaan Negeri pula hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Pihak kesatuan telah berusaha tetapi masih dipandang sepi malahan terdapat jabatan/agensi yang tidak langsung memberi perhatian atau mengajak berunding demi memperbaiki sistem atau struktur yang terdapat dalam mengendalikan MBJ. Jesteru itu, saya amat berharap agar jabatan/agensi yang terlibat dapat sama-sama menjayakan MBJ kea rah mencapai objektif dan matlamat penubuhan MBJ. Kesatuan sentiasa sedia membantu demi kebaikan bersama!!!.
Suka juga saya menyentuh berkaitan memorandum yang dihantar kepada kerajaan berkenaan Penubuhan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal. Kesatuan amat terkilan malah saya sendiri selaku SUA tidak dimaklumkan perkembangan memorandum tersebut. Apa yang saya dimaklumkan, terdapat pengurusan pihak berkenaan telahpun membuat taklimat kepada beberapa Pengurusan Majlis tanpa menjemput kesatuan untuk sama-sama mendengar taklimat tersebut. Ini juga menggambarkan betapa kesatuan masih dipandang sepi malah takut untuk diajak berunding. Kalau dinilai keberkesanan MBJ, ini boleh dijadikan contoh betapa MBJ masih dipandang sepi dan hanya indah Khabar dari Rupa. Pada hemat saya, perkara sebeginilah sepatutnya menjadi agenda MBJ disamping perkara-perkara utama yang melibatkan kedua-dua pihak, pekerja dan majikan.
Sebagai SUA bagi Kesatuan di Pihak Berkuasa Tempatan, sepatutnya apajua yang melibatkan Pihak Pekerja, pihak kesatuanlah yang perlu diutamakan supaya pihak kesatuan berperanan menyampaikan maklumat terkini. Malah pihak kesatuan juga boleh mengutarakan sebarang masalah samada dipihak pekerja maupun dipihak Pengurusan. Kesatuan amat memandang berat berkenaan campurtangan pihak tertentu terutama dalam menguatkuasakan undang-undang. Pihak Penguatkuasa Undang-Undang kerap menjadi mangsa kepada pihak tertentu yang secara tidak langsung, melemahkan minat dan dedikasi tugasan mereka. Bayangkan, apakah perasaan kita apabila kita menguatkuasakan undang-undang dengan mengeluarkan kompaun kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu, tetapi dengan campurtangan orang-orang tertentu pula, kompaun berkenaan dibatalkan. Ia bukan sahaja melemahkan anggota yang terlibat tetapi menjadi dilema kepada Pegawai yang dihubungi oleh orang-orang tertentu tersebut. Persoalan utama, bilakah perkara begini dapat diatasi malah gangguan dari pihak-pihak tertentu akan berakhir? Pada pandangan saya, kita masih terlalu jauh untuk sampai kertitik tersebut. Apa tidaknya, baru-baru ini pihak-pihak tertentu lebih jauh beraninya apabila mengarahkan tindakan tatatertib di ambil kerana menjalankan tugasan rasmi yang tidak memihak kepada kehendak mereka. Bayangkan, jika ini berluas-luasa, dimanakah maruah anggota yang menjalankan tugas tersebut sekiranya pihak luar boleh menentukan tindakan? Bagaimana
pula dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, adakah hanya dengan mendiam diri? Amat malang, pegawai yang berdidikasi digantung kerja. Bukan sahaja moral anggota berkenaan tercemar malah menjadi bahan ejekan orang-orang tersebut!!!
Namun begitu, saya sesungguhnya amat berharap agar anggota kesatuan tidak terlibat dalam apa-apa pertelingkahan atau perkara-perkara yang melukai manan-mana pihak. Seboleh mungkin, kita tidak terikut-ikut dengan kerenah setengah-tengah pihak yang akhirnya merugikan semua pihak. Suka juga saya ingatkan agar kita tidak terjerumuh atau taksub dengan fahaman-fahaman yang boleh mencetuskan ketidakselesaan mana-mana pihak.
Kira-kiranya, setakat ini dulu coretan dari Meja Setiausaha Agung, hingga di lain keluaran, ingatlah, tiada seseorang pun yang dapat menentukan kejayaan ataupun kegagalan tetapi ia terserah kepada kita sendiri. Dalam menghadapi lumrah hidup, banyak liku-liku yang harus dihadapi, ketabahan dan sabar adalah senjata yag paling penting dalam menghadapi apajua situasi. Perjuangan kita tetap diteruskan walau apapun yang terjadi. Percayalah, setiap perancangan yang membawa kebaikan kepada semua, sudah pastinya akan direstui dan diredhaiNya. Untuk kesinambungan perjuangan jadikanlah ‘SUARA ANULAE’ sebagai wadah perjuangan yag tidak bernoktah. Pada pertemuan kali ini, ini sahajalah yang dapat saya paparkan, semoga keluaran akan datang, dari meja saya, akan lebih komprehensif dan lebih bermaklumat yang dapat dikongsikan bersama, Insya Allah.
Sekian, salam hormat.
31 Mac 2009

No comments:

Post a Comment