Sunday, June 6, 2010


DARI MEJA SETIAUSAHA AGUNG SEMASA PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KALI KE 23

Salam Perjuangan, Salam 1 Malaysia kepada semua perwakilan ANULAE Semenanjung Malaysia dan Selamat Datang Ke Persidangan Perwakilam Dwi-Tahunan Kali Ke 23 ANULAE Semenanjung Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dari 1 Disember hingga 2 Disember 2009.

Diawal ini, saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua ahli yang memberi mandat kepada saya untuk menduduki kerusi panas sebagai Setiausaha Agung melalui amanah yang diberikan melalui barisan Jawatankuasa Agung pada 1 Jun 2008 yang lalu. Sesungguhnya amanah ini cuba saya penuhi dengan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan ANULAE Semenanjung Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Saudara Md. Akhir Bin Manshor yang telah memimpin kesatuan ini dati tahun 1997 hingga 2008 dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Semoga apa yang beliau telah mulakan akan saya teruskan demi perpaduan dan kecemerlangan ANULAE Semenanjung Malaysia.

Tahniah juga saya ucapkan kepada semua Cawangan-Cawangan yang dapat bersidang dengan jayanya serta kepada kepimpinan Cawangan yang dapat mengekalkan jawatan-jawatan masing-masing. Ini semua berkat usaha kita semua memenuhi tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Sepanjang Sessi 2007/2009 ini, banyak pencapaian yang telah kita perolehi melalui proses perundingan antara ANULAE dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam. Antaranya adalah kenaikan Gred N11 kepada N17 yang telah kita perjuangkan dari tahun 1992 lagi serta Kenaikan Pangkat secara KUP 15 Tahun yang telah memberi sinar baru kepada kerjaya kita di Pihak Berkuasa Tempatan. Harapan saya dan semua kepimpinan agar semua permohonan kita akan terus dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak kerajaan

Dikesempatan ini juga, ingin saya rakamkan rasa penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan kerjasama pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Tempatan kepada ANULAE baik diperingkat pusat mahupun cawangan-cawangan. Semoga ianya akan berterusan buat selamanya dan kita semua akan mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, saya ucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ kepada ANULAE dan kesudian Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ hadir bagi merasmikan Persidangan Perwakilam Dwi-Tahunan Kalil Ke 23 ANULAE Semenanjung Malaysia. Doa kami, semoga Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ akan terus Berjaya memimping Negara Tercinta ini kea rah yang lebih gemilang lagi bersama-sama Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita cintai dan sayangi.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada semua pemimpin ANULAE disemua peringkat sepanjang penggal 2007/2009 dan saya berdoa dan memohon pada Yang Maha Esa agar Persidangan Perwakilam Dwi-Tahunan Kali Ke 23 ANULAE Semenanjung Malaysia akan berjalan dengan lancer

No comments:

Post a Comment