Sunday, July 3, 2011

Isu PROSPEK perlu dirunding

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum membuat sebarang keputusan berhubung lima tuntutan baru dikemukakan CUEPACS sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bermula hari ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata JPA perlu mengadakan perbincangan dengan CUEPACS terlebih dulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat. “Sebarang keputusan perlu dirunding dulu. Saya memang sudah terima tuntutan berkenaan, tetapi belum menyatakan persetujuan kerana saya perlu mengadakan rundingan dengan CUEPACS terlebih dulu untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai tuntutan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Katanya, JPA juga dalam proses memberikan taklimat dan penerangan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan berhubung PROSPEK sebelum surat pekeliling berhubung pelaksanaannya dikeluarkan.

Bagaimanapun, hingga tamat waktu pejabat petang semalam, laman web JPA masih belum menyiarkan surat pekeliling berhubung tarikh penguatkuasaan PROSPEK.

Beliau mengulas dakwaan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman di Ipoh, semalam bahawa JPA bersetuju untuk memenuhi lima tuntutan baru yang dikemukakan persatuan itu sebagai prasyarat sebelum mempersetujui pelaksanaan PROSPEK bagi menggantikan PTK yang bermula hari ini.
Tuntutan utama kata beliau pastinya menggembirakan kira-kira 1.2 juta penjawat awam apabila JPA bersetuju mana-mana kakitangan yang mengikuti kursus kompetensi.
Posted by CUEPACS

Sunday, January 2, 2011

JPA MINTA PEGAWAI AWAM BERI MAKLUM BALAS UJIAN GANTI PTK
Bernama
2/1/2011





KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang 'soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK' dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini.

-- BERNAMA

Wednesday, December 29, 2010

PEMILIHAN CUEPACS DIPERTIKAI, GABUNGAN MAHU DIISTIHAR TAK SAH
The Malaysia Insider
TERKINI @ 07:08:09 PM 29-12-2010
Oleh G Manimaran
December 29, 2010




KUALA LUMPUR, 29 Dis — Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.

Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.

“Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs,” kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.

“Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs,” kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.

The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.

Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.

Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.

Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. “Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan,” kata beliau.

Pada pemilihan yang berlangsung Rabu lalu Omar menewaskan Ramli Omar manakala Ahmad Shah pula tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng dalam saingan tiga penjuru. Seorang lagi pencabar ialah Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

The Malaysian Insider juga difahamkan pertikaian itu boleh dibawa ke mahkamah jika kesatuan yang mengadu itu tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Cuepacs walaupun sebuah badan induk tetapi ia didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang turut mengadakan pemilihan hari ini didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
29 Disember 2010
AHLI GABUNGAN CUEPACS KEMUKA BANTAH DAKWA KONVENSYEN LANGGAR PERATURAN
Bernama
29/12/2010






PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) -- Beberapa kesatuan ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu mengemukakan bantahan mendakwa berlaku perlanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Dis lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, berkata bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

"Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

-- BERNAMA

Friday, December 24, 2010


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melunaskan tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) kepada syarikat konsesi berkaitan yang dianggar berjumlah RM348.6 juta sejak 13 tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua tunggakan hutang itu perlu dilunaskan sebelum Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan tahun depan.

“PBT yang masih menanggung hutang atau bayaran perkhidmatan tertunggak kepada syarikat konsesi ini kita minta mereka menjelaskannya sebelum ia diambil alih oleh kementerian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Sisa Pepejal (Akta 672) di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan yang bertujuan membincangkan hala tuju pelaksanaan sektor pengurusan sisa pepejal kebangsaan.

"Aspek pengurusan sisa pepejal ini amat penting dan sekian lama tertangguh. Secara keseluruhannya semua setuju cuma ada beberapa negeri minta untuk mengadakan rundingan secara terperinci sebelum mereka menyertai program pengambilalihan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Muhyiddin berkata, mesyuarat semalam turut bersetuju kerajaan negeri dan PBT terus membuat bayaran perkhidmatan PSP&PA atas kadar sedia ada kepada Kerajaan Persekutuan.

“Sebarang kenaikan kadar apabila penswastaan penuh dilaksanakan akan ditampung oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata, mesyuarat, juga bersetuju supaya kerajaan negeri, PBT dan Kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian bersama berhubung bayaran perkhidmatan PSP&PA itu.

Muhyiddin berkata, mesyuarat juga bersetuju supa-ya semua kontraktor perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam sedia ada di PBT dijadikan syarikat konsesi sebelum akta berkenaan dikuatkuasakan.

“Mereka juga bersetuju semua tapak pelupusan milik PBT ada digunakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam siaran medianya berkata, semua keputusan mesyuarat itu dipersetujui semua kerajaan negeri kecuali Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang memohon ditangguhkan keputusan bagi membolehkannya memperhalusi perkara yang disyorkan. – BERNAMA

24 Disember 2010 PENJAWAT AWAM JADI AHLI CUEPACS SECARA AUTOMATIK Utusan Malaysia 24/12/2010

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.

"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.

"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.

Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.

Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.

Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.

Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.

"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.

Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.

Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.

"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.

Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.

Thursday, December 23, 2010

KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KE 25

Keputusan Pemilihan Pegawai Tertinggi Cuepacs bagi Sesi 2010-2013 Di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 21-23 Disember 2010



CALON YANG DIPERTUA


1.Haji Omar bin Haji Osman (816) - Menang
2.Ramli bin Omar (154)


CALON TIMBALAN YANG DIPERTUA

1. Azih bin Muda (759) - Menang
2. Husain bin Mohd. Yasin (371)
3. Zainal bin Ismail (439) - Menang
4. Mat Ali bin Omar (154 )
5. Ibrahim bin Ahmad ( 71 )


CALON SETIAUSAHA AGONG

1. Haji Ahmad Shah bin Mohd. Zin (263)
2. Lok Yim Pheng (468) - Menang
3. Ku Azmi bin Ku Ibrahim (278)



CALON TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG


1. Adnan bin Mat (679) - Menang
2. Abdul Rahman bin Hj. Mohd. Nordin (527) - Menang
3. Mohd. Mazlan bin Mohd. Shaari (488)
4. Mahamad bin Baharom (570) - Menang
5. Kang Bee Leng (339)



SETIAUSAHA KEWANGAN

1. Samuel Devadasan (497)
2. Ja’apar bin Mansor (536) - Menang


TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN

1. Mohd. Razali bin Singah (362) - Menang
2. Azhar bin Abdul Shukur (335)
3. Hamzah bin Masri (265)
Posted by CUEPACS at 16:09 2 comments
KEPUTUSAN PEMILIHAN NAIB YANG DIPERTUA KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS KE-25 (SESI 2010-2013)
Media Cuepacs
18/12/2010



Keputusan pemilihan Naib Yang Dipertua Gred-Gred Perkhidmatan didalam Cuepacs bagi sesi 2010-2013 Di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 21-23 Disember 2010


NAIB YANG DIPERTUA - GRED SAINS, PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

1. Hamran bin Ahmad (438)
2. Zulkifli bin Mohamed (527) - Menang

NAIB YANG DIPERTUA - GRED PELAJARAN

1. Hashim bin Adnan - Menang tanpa bertanding

NAIB YANG DIPERTUA - GRED EKONOMI & PERTANIAN

1. Hasmi bin Hamidan (390) - Menang
2. Shamsudin bin Mohd Noor (296)
3. Mohd Zailani bin Abdul Razak (141)
4. Wan Ahmad Faezal bin Wan Nawi (45)
5. Abdul Jalil bin Hj. Salleh (86)

NAIB YANG DIPERTUA - GRED KEJURUTERAAN

1. Shuhaimi bin Dato' Othman (742) - Menang
2. Rossli bin Arshad (231)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED KESELAMATAN / PERUNDANGAN / PERTAHANAN AWAM / PENGANGKUTAN

1. Mohd Sayuthi bin Harun - Menang tanpa bertanding


NAIB YANG DIPERTUA - GRED PENTADBIRAN & SOKONGAN / BAKAT / SENI / SOSIAL


1. Rus Bakarrurraini bin Shahfei (472) - Menang
2. M. Ramachandran a/l Muniandy (86)
3. Puan Hjh Salimah binti Khadith (286)
4. Saarani bin Bakar (86)
5. Mohd. Idzhar bin Mabol (46)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED PERUBATAN & KESIHATAN

1. Haji Md. Akhir bin Sabu (387) - Menang
2. Md Saleh bin Majid (177)
3. Rohaizat bin Hashim ( 100)
4. Haji Zainal bin Abd. Ghaffar (170)
5. Abdul Rahman bin Md. Ibrahim (138)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR

1. Haji Asran bin Mamat (446) - Menang
2. Razalee bin Che Ngah (379)
3. Md. Fauzy bin Adam (80)
4. Lomen bin Awang (34)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED KEWANGAN / SISTEM MAKLUMAT

1. Ramli bin Kalil (707) - Menang
2. Jafre bin Mohd Ariffin (236)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED BAHAGIAN WANITA

1. Rusni binti Aziz (708) - Menang
2. Cathy Suhaila binti Abdullah (224)


NAIB YANG DIPERTUA - GRED KUASA-KUASA TEMPATAN / BADAN-BADAN BERKANUN

1 Abdul Malik bin Shamsudin (612) - Menang
2. Shazali bin Hussein (260)
3. Abd. Asis bin Yaman - Menarik diri


NAIB YANG DIPERTUA - GRED PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. Tey Meng Seng - Menang tanpa bertanding


NAIB YANG DIPERTUA - GRED SABAH

1. Laurence Vun - Menang tanpa bertanding

NAIB YANG DIPERTUA - GRED SARAWAK

1. Richard Padan Pengiran - Menang tanpa bertanding
Posted by CUEPACS at 15:39 0 comments
KEPUTUSAN PEMILIHAN PENOLONG SETIAUSAHA KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS KE-25 (SESI 2010-2013)
Media Cuepacs
24/12/2010



Keputusan pemilihan Penolong Setiausaha Cuepacs bagi Sesi 2010-2013 di dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 21-23 Disember 2010



PENOLONG SETIAUSAHA - GRED SAINS, PENYELIDIDKAN & PEMBANGUNAN

1. Ashaari bin Maarof (741) - Menang
2. Sanusi bin Samsuri (204)

PENOLONG SETIAUSAHA - GRED PELAJARAN

1. Othman bin Hamid - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED EKONOMI & PERTANIAN

1. Rajali nin Sarip (386) - Menang
2. Mohd Fauzi bin Mansor - Menarik Diri
3. Mohd Idris bin Abd Samad (88)
4. Haji Mohamad Zawawi bin Yakub ( 229)

PENOLONG SETIAUSAHA - GRED KEJURUTERAAN

1. Razak bin Darus - Menang tanpa bertanding

PENOLONG SETIAUSAHA - GRED KESELAMATAN / PERUNDANGAN / PERTAHANAN AWAM / PENGANGKUTAN

1. Haji Ismail bin Md. Yusof - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED PENTADBIRAN & SOKONGAN / BAKAT /SENI / SOSIAL

1. Aminudin bin Chik - Menang tanpa bertanding
2. Mohd Saufi bin Baharudin - menarik diri

PENOLONG SETIAUSAHA - GRED PERUBATAN & KESIHATAN

1. Jurifa binti Mohd Amin ( 743 ) - Menang
2. Chik bin Hussin (209)


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR

1. Sayuti bin Dollah - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED KEWANGAN / SISTEM MAKLUMAT

1. Mohd Arpandi bin Said - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - BAHAGIAN WANITA

1. Siti binti Hj. Mahfudz - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED KUASA-KUASA TEMPATAN / BADAN-BADAN BERKANUN

1. Mohd. Hamidi bin Saleh - Menang tanpa bertanding
2. Ibrahim bin Abd. Rahman - Menarik diri


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED PENGURUSAN & PROFESIONAL

1. Harry Tan Huat - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED SABAH

1. Adamin bin Mokh - Menang tanpa bertanding


PENOLONG SETIAUSAHA - GRED SARAWAK

1. Ahmad bin Malie - Menang tanpa bertanding